Penubuhan Institut MASA ditunjangi atas dasar membantu kerajaan membangunkan dan memperkasakan hala tuju negara terutamanya dalam memperkukuhkan dasar dan polisi yang sedang dan bakal direncanakan oleh kerajaan Malaysia, termasuklah kajian-kajian sosio-budaya dan sosio-ekonomi serantau.

Salah satu tumpuan dasar baharu ini ialah untuk mewujudkan kesamaan hasil (equality of outcome) dan bukannya menyediakan kesamaan peluang (equality of opportunities) semata-mata. Kesamaan peluang yang tidak membuahkan kesamaan hasil bukanlah satu dasar yang adil. Justeru, jika tumpuan hanya diberikan kepada menyediakan kesamaan peluang dan bukannya kesamaan hasil, lama-kelamaan jurang kekayaan antara saudara dan rakan saudara akan terus melebar.

Melalui Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB), rakyat akan menikmati kemakmuran negara ini secara saksama. Ini termasuk usaha-usaha yang dilakukan secara berterusan dan bersungguh-sungguh untuk meningkatkan pencapaian ekonomi dari segi peningkatan pendapatan isi rumah, kemajuan dalam bidang kerjaya dan keusahawanan serta kenaikan dalam kadar gaji, nilai simpanan dan pemilikan aset.

WKB bukanlah sekadar retorik, slogan atau omong kosong. Ia sebuah wawasan yang dinamik dan anjal kepada perubahan. Bak kata orang bijaksana; dalam musibah, pasti ada peluang. Ini yang perlu dilihat dalam krisis yang kita alami sekarang. Pasti ada peluang baharu yang tersembunyi.

Selain daripada peranan kerajaan dalam melaksanakan inisiatif ini, rakyat Malaysia juga perlu mengubah sikap untuk berjaya. Dalam dunia yang semakin kompetitif hari ini, bantuan kerajaan semata-mata tidak memadai untuk menjamin kejayaan. Lebih daripada itu, kita hendaklah sentiasa berusaha untuk meningkatkan keupayaan dan daya saing. Ini memerlukan pengemblengan tenaga dari pihak kerajaan dan rakyat untuk lebih rajin berusaha, berdisiplin dan berani mengambil risiko untuk menceburi pelbagai bidang keusahawanan dan perniagaan baharu. Malaysia yang makmur adalah masa hadapan yang kita bersama impikan. Ia hanya akan menjadi kenyataan jika hari ini kita berusaha keras membentuknya. Setiap keringat yang jatuh di tanah bumi bertuah ini suatu hari nanti akan tumbuh menjadi pohon kemakmuran yang dapat dinikmati bersama anak cucu kita kelak.

Bersamalah kita usahakannya.

#MakmurBersama

Mohd. Nizam Mahshar
Ketua Pegawai Eksekutif
Julai 2020

Perkembangan Semasa


WKB

Perpindahan Pejabat Institut Masa Depan Malaysia

INISIATIF landing page

PEMACU Intelek Siri 4, 13 Ogos 2020

WhatsApp Image 2020-08-19 at 07.37.50

PEMACU Intelek Siri 3, 12 Ogos 2020

home_congress_post4

Sayembara Antologi Makmur 2030

parallax background
 

Borang Pertanyaan



Instagram


Error validating access token: Session has expired on Sunday, 08-Nov-20 18:45:12 PST. The current time is Friday, 27-Nov-20 01:15:58 PST.